PENGENALAN KEPADA KURSUS DCP(DIPLOMA COMPUTER PROGRAMMING)

Kursus ini merupakan satu kursus khas yang dianjurkan oleh pihak HR(Human Resources) dan pihak ITD. Dimana ia diadakan di Kolej Latihan Telekom,Jalan Gurney. Tempoh kursus ini adalah 1 tahun 2 bulan. Setelah tamat kursus ini nanti, semua peserta akan di tugaskan di tempat-tempat yang berkaitan dengan IT.Contohnya di ITD Kelana Jaya.

Kursus ini di tawarkan kepada pekerja-pekerja Telekom yang telah berkhidmat dalam Telekom lebih daripada 5 tahun serta mempunyai kelulusan SPM. Semua para peserta diwajibkan mengambil ujian IQ sebelum diterima masuk kedalam kursus ini. Hanya 24 orang sahaja yang terpilih untuk memasuki kursus ini dari seluruh Malaysia.


HOME