Make your own free website on Tripod.com

Khasiat bunga,daun, dan akar pokok cempaka


Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikannya tidak hanya pada bunganya, tetapi juga tertumpu pada namanya sendiri.

Dengan kecantikan tersebut tidak hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan dan tempat teduhan di halaman rumah.

Bahkan, ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.

Tidak kira samaada, bunga cempaka kuning ataupun putih, kedua-duanya mempunyai khasiat untuk kesihatan diri.

Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tak lawas dan demam selsema.

Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan radang tengkuk.

Kegunaan dan kaedah penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.

Kemudian rebuskannya sehingga mendidih dan setelah airnya suam-suam kuku barulah diminum.

Bagi kencing tak lawas pula ialah , ambil beberapa kuntum bunga nya dan bersihkannya dahulu . Selepas itu rebus hingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

Untuk demam selsema , ambil akarnya dititik atau di pecah-pecahkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan tunggulah hingga air rebusan itu suam barulah diminum.

Bagi cempaka putih pula , ia biasanya digunakan untuk merawat pitam iaitu dengan mengambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.

Untuk merawat radang tengkuk, cara adalah sama dengan merawat pitam. Cuma ia ditambahkan dengan madu sebelum diminum.

Untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah , iaitu dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk hingga lumat, setelah itu ditempek kan ke temapt yang terkena bisul itu.




click here