Khasiat Pokok Semalu


Kalau kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti ketemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mengencut bila di sentuh.

Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu tetapi masyarakat di sebelah utara pula memanggilnya sebagai " duri keman".

Walau apa pun namanya , tumbuhan ini senang dikenali kerana ia dari yang cepat mengecut bila kita menyentuhnya.

Antara khasiatnya yang agak popular ialahsesuai untuk mengecut, menguat, dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin dan haid.

Tetapi ianya bukan lah untuk diminum tetapi hanyalah digunakan untuk mandian sahaja.

Caranya ialah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali, bersihkannya terlebih dahulu. Masukkan kedalam sebuah bekas, samaada periuk ataupun apa sahaja yang boleh di gunakan untuk merebusnya. Isikan dengan air kosong bersama dengan buah manjakani, garam kasar dan asam keping.

Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarkan air itu suam sedikit .Kemudian bolehlah di buat untuk mandian dan bukannya untuk di minum.

Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air.

Caranya adalah amat mudah , iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama dengan akarnya, campurkan sedikit kapur dan tumbukkan sehingga lumat. Setelah itu sapulah pada bahagian yang terkena penyakit itu. Insya-Allah luka pecah-pecah itu akan kerimg dan sembuh.




click here