Khasiat Pokok Semuluh


Memang banyak tumbuhan herba, sama ada yang di tanam ataupun tumbuh liar di sekeliling kita yang kita tidak mengenali , apatah lagi mengetahui khasiatnya pada sudut rawatan dan kesihatan diri.

Ia menjadi lebih asing kepada kita apabila muncul perubatan moden yang di gunakan secara lebih meluas dan dianggap lebih berkesan kerana dibuktikan secara ujian makmal.

Bagaimanapun pernah kah kita terfikir untuk seketika bagaimana masyarakat zaman sebelum munculnya perubatan moden, berusaha untuk hidup sihat atau melawan penyakit yang mereka hadapi?

Untuk tujuan itu mereka banyak bergantung kepada tumbuhan di sekeliling dalam membantu mereka memelihara kesihatan mahupun mencegah dan merawat penyakit.

Antara tumbuhan herba yang semakin tidak dikenali ialah tumbuhan semuluh .Tumbuhan ini biasanya ditanam dikawasan rumah untuk tujuan perubatan . Secara kelazimannya ia mudah tumbuh di kawasan separa terlindung dan tanah yang bersaliran baik.

Khasiatnya ialah merawat penyakit kulit, seperti kudis buta, panau, kudis, ulser dan sebagainya.Penyakit-penyakit ini dirawat sama ada dengan menggunaknnya daunnya ataupun keseluruhan tumbuhan itu yang direbus sebelum digunakan.

Semuluh juga mujarab untuk merawat bisa akibat patukan ular, gigitan anjing dan serangga. Air rebusan tumbuhan ini juga boleh diminum untuk mengubati cirit-birit, penyakit di usus besar, membersihkan darah dan mengubati sakit kepala.Selain itu , daun-daun tumbuhan semuluh yang segar juga digunakan sebagai demah untuk mengubati sakit perut




click here