Make your own free website on Tripod.com

Khasiat Pokok Daun Selasih


Sejak turun-temurun masyarakat melayu menganggap ulam sebagai pelengkap hidangan selain untuk menambah selera. Tidak kiralah , sama ada ulam itu dimasak ataupun dimakan secara mentah ia sentiasa menjadi penyeri untuk setiap hidangan dan tradisi ini terus diikuti sehingga sekarang.

Antara ulam yang menjadi pilihan dan juga sering ditanam dikawasan rumah ialah pokok selasih. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai ruku-ruku. Pokok selasih bukan hanya berguna sebagai ulam tetapi juga sebagai bahan penyedap masakan , bahkan dalam bidang perubatan herba ini sesuai untuk merawat beberapa jenis penyakit.

Antara penyakit yang boleh dirawat dengan cara memakan daun nya secara mentah adalah masalah usus atau lebih biasa di panggil gastrik.Ia juga sesuai untuk merawat penyakit kulit, sakit kepala, sakit telinga dan juga meredakan demam.

Ia di lakukan dengan merendamkan beberapa helai daunnya yang segar dalam air panas dan apabila sudah suam , minumlah air rendamannya itu perlahan-lahan.Malah air rendamannya itu boleh juga digunakan secara luaran bagi mengubati sakit sendi dan menambah pengeluaran susu bagi wanita yang menyusukan anak.




click here