Khasiat Pokok Mali-mali


Terdapat sejenis tumbuhan herba yang sering tumbuh di tepi sungai, sawah atau belukar , di panggil sebagai pokok mali-mali. Agak melucukan nama pokok tersebut. Sebutannya bagaikan seorang cina yang agak pelat bila bercakap dalam bahasa melayu 'mari-mari'.

Walaupun melucukan tetapi itulah hakikatnya . Nama panggilan tersebut diberikan sejak berzaman lagi. Kita hanya mewarisinya tanpa banyak soal. Cuma mungkin di kala ini , dengan kemasukkan ilmu-ilmu perubatan moden, timbul sedikit kesangsian terhadap pokok tersebut.

Lebih-lebih lagi kalau pokok itu dikatakan mujarab dalam merawat penyakit-penyakit tertentu ataupun sesuai pada sudut penjagaan kesihatan diri. Bagaimanapun , kelucuan tersebut tidaklah pula mengambarkan bahawa pokok mali-mali ini sejenis tumbuhan yang tidak berguna.Ia nya berguna pada sudut rawatan luka dan kaedah penggunaannya agak mudah.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun pokok mali-mali dan kemudiannya tumbuklah sehingga mengeluarkan air.Airnya agak bergetah sedikit . Ia terus di pupuk kepada bahagian yang terkena luka tadi. Tampalkannya sehingga darah berhenti mengalir.Kaedah tersebut bergantung kepada sebesar mana luka yang dialami, jika besar , daunnya mungkin banyak sedikit.




click here