Khasiat Pokok Letup-Letup


Kalau anda ke kawasan kampung, khususnya di ladang getah ataupun ladang kelapa sawit, anda mungkin menemui sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman penutup bumi.

Pemilihan tersebut mungkin berdasarkan tumbuhan ini senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana ia sejenis tumbuhan liar.

Berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional, ia sesuai untuk merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk. Bagi merawat gatal-gatal kulit, dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil seluruh pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu.

Kemudian rebuskannya sehingga ia mendidih. Setelah itu tunggulah ia suam sedikit sebelum mengambil airnya sahaja untuk digunakan sebagai air basuhan. Dalam merawat luka pula , dengan mengguanakan beberapa helai daun yang dilumatkan dan dipupuk kan pada bahagian yang luka itu.

Untuk merawat batuk pula ialah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan itu seluruh pokok itu hendaklah diminum airnya setelah ia suam.




click here