Make your own free website on Tripod.com

KHASIAT POKOK KACANG KELO


BAGI KALANGAN MASYARAKAT INDIA, POKOK KACANG KELO ADALAH SATU-SATUNYA POKOK YANG TIDAK ASING BAGI MEREKA.TIDAK HAIRANLAH POKOK INI SERING DITEMUI DI HALAMAN RUMAH MEREKA. MALAH,ADA KETIKANYA MEREKA CAMPURKAN DALAM KARI DAL SERTA DAUNNYA DIBUAT ULAM SAYURAN

MALAH IA SESUAI UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN.ANTARA KEISTIMEWAANNYA IALAH MERAWAT LUKA DAN PADA TENAGA BATIN. DAUN KACANG KELO JUGA YANG DIJADIKAN ULAM ITU BOLEH MEMBANTU SEBAGAI PEMBERSIH DARAH DAN MENGURANGKAN KANDUNGAN GULA DAN SETERUSNYA MENGAWAL TEKANAN DARAH.DALAM ASPEK RAWATAN LUKA PULA , ADALAH MELALUI RUJUKAN KAJIAN FARMAKOLOGI YANG TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA POKOK INI MEMPUNYAI AKTIVITI "inflammatory".

AKTIVITI INI DALAH PENTING DALAM MERAWAT LUKA-LUKA DI BADAN SESEORANG.BAGI TENAGA BATIN PULA CARANYA ADALAH MUDAH SEKALI, HANYA PERLU MENGAMBIL BEBERAPA HELAI DAUN POKOK KACANG KELO ITU.REBUS DAUN TERSEBUT SEHINGGA AIR REBUSAN ITU TERSEBUT TINGGAL SETENGAH DAN SELEPAS ITU MINUMLAH PERLAHAN-LAHAN.TETAPI HARUSLAH DIINGAT,SEBAGAIMANA PERUBATAN HERBA YANG LAIN ,JANGANLAH MEMINUMNYA TERLALU KERAP DAN BANYAK DALAM SEHARI.

JANGAN BEGITU GHAIRAH , ADALAH LEBIH BAIK DIAMALKAN SEKALI SEHARI.LIHAT KESANNYA TERLEBIH DAHULU.BAGI MERAWAT LUKA PULA ,ADALAH CUKUP MUDAH DENGAN MENGAMBIL BEBERAPA HELAI DAUNNYA,DAN DITUMBUK DENGAN SEDIKIT MINYAK MASAK.TUMBUK DAUN-DAUN TERSEBUT SAMPAI LUMAT.KEMUDIAN SAPUKAN PADA LUKA TERSEBUT.




click here