Make your own free website on Tripod.com

KHASIAT POKOK MENGKUDU


RASANYA SEBAHAGIAN DARI KITA MENGENALI POKOK MENGKUDU.DAUN MENGKUDU BIASANYA DIGUNAKAN SEBAGAI SATU RAMUAN UNTUK KEGUNAAN BAGI WANITA YANG SEDANG BERPANTANG DAN PUCUKNYA JUGA DI JADIKAN ULAM.MALAH,PETUA ORANG TUA-TUA MENYARANKAN DAUN MENGKUDU ELOK UNTUK MEMBALUT TUNGKU KERANA KHASIATNYA DIPERCAYAI MAMPU MENGECUTKAN RAHIM WANITA SELEPAS BERSALIN.

POKOK TERSEBUT SENANG TUMBUH ,KHUSUSNYA DILEMBAH YANG BERAIR,SEPERTI DITEPI-TEPI SUNGAI.MENGKUDU BUKAN SAHAJA BAIK UNTUK WANITA YANG BERSALIN TETAPI JUGA SESUAI DIAMALKAN OLEH KAUM LELAKI.MENGKUDU SESUAI MERAWAT KENCING MANIS, MENYUBURKAN SPERMA(BENIH LELAKI), DARAH TINGGI, BUANG ANGIN DAN CACING DALAM PERUT.DAUN POKOK INI JUGA TURUT DIJADIKAN ULAM SAYUR-SAYURAN.BUAH MENGKUDU JUGA ELOK UNTUK PENJAGAN KESIHATAN DIRI.

TERDAPAT SATU KAEDAH YANG MUDAH UNTUK MENJADIKAN BUAH MENGKUDU TERSEBUT SEBAGAI PERUBATAN HERBA.CARANYA ADALAH MUDAH,AMBIL BEBERAPA BIJI BUAH MENGKUDU YANG SUDAH MASAK, DAN BERSIHKAN BUAH ITU TERLEBIH DAHULU. KISARKAN BUAH-BUAH ITU SEHINGGA HANCUR DENGAN SEDIKIT AIR.TAPISKAN UNTUK DAPATKAN AIRNYA.OLEH KERANA RASANYA AGAK MASAM DAN PEDAS SEDIKIT, CAMPURKAN SEDIKIT DENGAN PERASA YANG LAIN, SEPERTI MADU LEBAH UNTUK MEMANISKANNYA. MINUMLAH PERLAHAN-LAHAN.PENGGUNAAN TUMBUHAN HERBA DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DIRI, SEHARUSNYA DIBUAT SECARA BERTERUSAN.KERANA KESANNYA MENGAMBIL JANGKA MASA YANG LAMA.




click here